Ramai orang salah sangka bila sebut supplement, "owh, makan ubat", "pill" dan sebagainya. Itu lah mind set kebanyakkan orang tentang supplement dan menyamakan kesan yang cepat seperti ubat-ubatan yang lain. Mari kita lihat perbandingan antara supplement (vitamin) dan ubat.
Medicine ( Ubat )
1. Ubat sama
sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada
tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh
mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan
boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam
perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental,
bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya
kematian.
4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh
mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.
5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan
untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan
daripada makanan.
6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau
berlebihan boleh membunuh.
7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira
apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering
mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa
minit atau jam.
8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya
merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak
memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa
ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu
system.
9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang
rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan
dengan orang muda.
Supplement ( Vitamin )
1. Bahan berkhasiat
kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang
mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan
biokimia dan pemprosesan enzim.
3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan.
Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina
system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi
kelebihan.
4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu
antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk
menghasilkan kesan yang lebih baik.
5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya
lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan
penghadaman lain-lain factor makanan.
6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan
yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan
asid amino.
7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada
seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata
kekurangan dalam tubuh badan.
8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan
dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan
untuk mencapai kesan kejayaan.
9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA
penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu
keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat
yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi
masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.
10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh
kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman
yang lemah.
RINGKASANNYA...
Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...
Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling
penting minum air banyak semasa mengambil supplement...
Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan
cepat....
Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak
vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....
**JADI FIKIR-FIKIRKANLAH YG MANA TERBAIK BAGI DIRI KITA **
No comments:
Post a Comment