Assalamualaikum semua..salam sejahtera..
Kebelakangan ni, banyak sekali
dapat order Set Inch Loss Shaklee. Tak kiralah yang bajet atau full set.Ramai
rupanya nak kurus dan nak slim atau kembali asal seperti zaman muda atau zaman
belajar dulu.Tapi masalahnya adakah dengan hanya makan supplement akan
membuatkan kita kurus dan lansing seperti yang kita nak?Tak dinafikan, ShakleeSlimming set memang sangat berbaloi dan berkesan. Tapi mesti kena caranya.
Mesti sentiasa ingat, untuk kurus dan sihat
, kita tak boleh bergantung 100% kepada supplement. Supplement hanya
membantu mempercepatkan disamping memberi zat tambahan kepada tubuh ketika
berdiet.
Ramai yang terutamanya yang dah
mengambil supplement Shaklee seperti CINCH SHAKES, OMEGA GUARD, ALFALFA
,LECITHIN,CINCH TEA dan sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga
mengawal diet yang seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus.Dan perlu jugak
diingat berat ideal badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan nanti orang
berat 40kg, kita pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat 40kg cantik, kita
berat 40kg kurus kering pulak. Rasanya semua dah tahu cara kira BMI, so tak
payah saya terangkan disini.
Mulakan Diet Kurus Shaklee dengan
10 Cara Ini.
1. Makan sumber protin pada setiap
waktu makan termasuk waktu sarapan.
Bagi yang dah ada set slimming
shaklee, CINCH SHAKES baik anda ambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas
senaman bergantung kepada gaya hidup anda. Untuk maksimakan kesan kenyang,
blend dengan beberapa biji kurma atau badam. Anda juga boleh campurkan sedikit
mentega kacang (pure kacang) untuk tambahan protin. Tak perlu gunakan susu
walaupun susu rendah lemak. Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya
duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik
sahaja selepas bersenam, workout di gym, joging dan sebagainya. Tapi kalau anda
seorang yang aktif , tiada masalah ambil diwaktu sarapan.
2. Tinggalkan sementara produk yang
berasaskan tepung seperti roti dan pasta.
Roti putih termasuklah roti serat
tinggi perlu dielakkan sementara waktu( selepas program diet tiada masalah).
Begitu juga dengan pasta, makaroni, spegheti dan yang seangkatan dengannya.
Kalau anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali
gunakan oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih
tinggi dari oat masak.
3. Makan makanan yang segar.
Elakkan sama sekali makan makanan
yang telah diproses seperti sosage, nugget, daging beger dan sebagainya. Ini
kerana makanan yang diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak
baik untuk kesihatan. Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah.
4. Kurangkan pengambilan makanan
berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil lansung pada waktu malam.
Pilihan terbaik adalah keledek,
kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk
sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik.
Sukatan nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita
sahaja. tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam, tapi sebaik
baiknya makan waktu petang.
5. elakkan makan buah buahan
berlebihan.
Selalunya kita silap. Kita
menganggap makan buah buahan banyak baik untuk kesihatan. Tetapi sebaliknya
sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah buahan yang mengandungi
kandungan gula yang tinggi. maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula
dan tinggi serat seperti apple, pear dan plum. Bagi yang tak selalu makan buah
buahan, Vitamin C Plus Shaklee adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul
mengandungi 500mg vitamin C, iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.
6. Kurangkan atau ketepikan terus
makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu.
Ketepikan susu atau produk tenusu,kecuali
keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak. Untuk pastikan
kadar kalsium dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan terbaik, dengan
sumber kalsium dan magnasium.
7. Hentikan serta merta minuman
berkabonat.
Kandungan gula didalam minuman
berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan gula didalam minuman seharian
seperti kopi, teh dan lain-lain. Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH
TEA MIX sebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, emberi
tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.
8. Hentikan penggunaak minyak sayur
sayuran seperti minyak bunga matahari, ataupun minyak jagung.
Minyak yang terjual dikedai kedai
adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan. Ini
boleh menyumbang kepada plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.
9. Perhatikan jenis lemak yang anda
makan.
Bukan jumlah lemak yang anda makan
yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia
dari jenis lemak tepu /tak tepu? Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak
baik untuk kesihatan. Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah
seperti danging bahagian rusuk , keju, mentega, susu penuh krim, dan makanan
yang diproses(segera). Hindarkan terus magerin dan makanan goreng. Jangan buang
terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak
dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan Minyak
Omega 3, seperti OMEGA GUARD adalah yang terbaik.
10. Minum air dengan banyak
sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan
setelah bangun pagi.
Minum air selagi urine anda tidak
berwarna putih. Sekiranya urin berwarna kuning, bermakna anda belum cukup air.
Sambil anda mengamalkan 10 langkah
permulaan untuk diet kurus diatas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan
supplement dengan cara yang betul.
Cadangan Pemakanan Slimming Set
Shaklee
SARAPAN
Makan 5 biji Alfalfa setelah bangun dari tidur ataupun
sebelum sarapan.
Ambil 2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG ( anda boleh
tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama).anda juga boleh
menggantikan dengan 3 sudu Shaklee ESP.
Anda akan kenyang shingga makan tengah hari. Selera makan
tengah hari pun selalunya akan berkurangan, dan anda akan makan dengan sedikit
MAKAN TENGAH HARI
Sebelum Makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGA GUARD. Ini
akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
Makan nasi ( agak2 sebesar genggaman tangan )+ ikan/daging
(yang x berlemak)/dada ayam. Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus,kukus
ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng. Makan sayur atau
ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
Sekiranya anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya
ambil selepas makan 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan
tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.
Elakkan minum minuman sejuk selepas atau ketika makan.
Amalkan minum minuman suam atau panas sahaja.
MAKAN MALAM
Elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam
seboleh-bolehnya. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan
sayur sahaja.
Ataupun anda boleh Menggantikan makan malam dengan CINCH
SHAKES atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan. Tetapi seelok eloknya
anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes.
Sebelum tidur , makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses
detox tubuh anda semasa anda tidur. Dan jangan lupa minum air secukupnya
sebelum tidur.
Selamat mencuba.
Sekiranya berminat mencuba SET SLIMMING SHAKLEE, hubungi
saya melalui SMS/ Whatsupp ke 0179807376
Good tips ni, salam lebaran dari ana...
ReplyDeletesyukran ana..hehe..salam lebaran drp palie
Delete