Click me!

FB page

Thursday, August 7, 2014

Tips untuk mengenalpasti produk berkaitan Israel

Sekarang kita sedia maklum ramai yang lantang bersuara bersungguh-sungguh melaungkan slogan "BOIKOT" barangan Israel, tapi adakah ianya berserta tindakan? atau hanya laungan emosi semata-mata.

Demo boikot di McD Kemaman 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
"Eh, ade MILO free, jom pekene secawan due, kering tekak pulak"

hahahaha...

Kita kena faham, boikot tu bermaksud tidak membeli, dan kita menyeru kepada orang ramai agar turut tidak membeli jenama yang diboikot, dalam hal ini produk2 yang mempunyai kaitan dengan Israel. Tapi produk2 mereka terlalu banyak, macam McD, Starbuck tu ramailah orang tahu. So macam mana kita nak tahu dan kenalpasti yang produk itu ada kaitan dengan Israel?


Kalau siapa2 yang ada smartphone iPhone atau Android, boleh download aplikasi mobile Buycott seperti berikut:



Caranya senang je, register dulu (atau boleh juga sign-in pakai Facebook profile), lepas tu pilih kempen (Campaign) seperti "Long live Palestine boycott Israel" dan "Avoid Israeli Settlement Products".



Lepas tu scan barcode mana2 produk yang korang bercadang nak beli dan dia akan bagitau sama ada produk tersebut ada kaitan dengan Israel dan harus dielakkan atau tidak. 



Contoh produk yang dikesan tiada kaitan dengan Israel:




Contoh produk yan dikesan ada kaitan dengan Israel dan perlu diBOIKOT:
 



Kita juga boleh melihat Family Tree bagi sesuatu produk yang telah discan, siapakah Syarikat Induk, anak syarikat dan kumpulan jenama yang di bawahnya.


Tapi ada juga barang yang kita scan tapi tak jumpa maklumat produk tersebut, so kita boleh masukkan sendiri maklumat tersebut. Aplikasi ini berbentuk komuniti, lagi ramai orang join, lagi ramai orang masukkan data, lagi banyak maklumat yang boleh disalurkan untuk membantu dan memudahkan orang lain.

Dengan adanya mobile app ini, lebih mudah untuk kita boikot produk berkaitan Israel. Kita juga boleh juga nak boikot produk lain berdasarkan kempen2 lain yang anda rasa nak join seperti boikot produk yang menggunakan haiwan sebagai bahan eksperimen, produk kosmetik yang berbahaya, boikot barangan yang made in China dan lain2 lagi kempen.

Oleh itu marilah kita mulakan untuk cuba memboikot semua produk berkaitan Israel.


* Sebarkan artikel ini agar lebih ramai orang tahu mengenai kewujudan aplikasi yang sangat berguna ini.










No comments:

Post a Comment

Mari Menabung