Click me!

FB page

Friday, July 18, 2014

Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine

Melihat tajuk diatas, pasti ramai yang terkejut..saya juga tidak terkecuali sebab malam tadi tido lewat, tengok2 ade org update di laman2 sosial tentang aircrash.. MAS MH17??? innalillahiwainnailahirojiun...

Belum sampai setengah tahun kejadian buruk menimpa MH 370 . Kejadian buruk yang lain pula menimpa MH 17 . 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.


Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.





Gambar-gambar dibawah disahkan oleh pihak Reuters.







 Senarai juruterbang & anak-anak kapal (sumber: THEMALAYSIANINSIDER)


Seperti yang dijangka, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar palsu tentang nahas kejadian seperti yang ditunjukkan dibawah. Tolong beretika ketika menyampaikan sesuatu maklumat dan pastikan dulu sahih sebab kite bukan wartawan di tempat kejadian.

Keterangan daripada gambar yang di edit 

Edit


Tiada kesahihan (tiada logo MAS)

Dibawah merupakan rakaman saksi kejadian setelah pewasat MH17 terhempas di kawasan kawasan lombong Petropavlovskaya





Subhanallah..

salam takziah kepada seluruh keluarga penumpang, anak-anak kapal, juru terbang dan yang terlibat dalam nahas tersebut. sudah pasti ada hikmah pada setiap kejadian yang menimpa kita. Namun, kesahihan berita-berita ini masih kurang peratus ketepatannya dan sama-samalah kita menunggu updates daripada media massa negara kita.. Al-Fatihah untuk yang beragama Islam juga kepada saudara-saudara kita di Gaza. 

Serangan di Gaza dilakukan lagi 3jam selepas nahas MH17..




No comments:

Post a Comment

Mari Menabung