Click me!

FB page

Showing posts with label #lesennaikharga. Show all posts
Showing posts with label #lesennaikharga. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Harga lesen memandu KEKAL

Seperti yang diuar-uarkan baru-baru ni termasuk posting sy sebelum ini di SINI, setelah perkara tentang kenaikan harga lesen memandu menjadi "viral" di laman sosial, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melalui twitternya memaklumkan bahawa harga lesen memandu TIDAK dinaikkan dan kekal seperti biasa.




Akhirnya, dengan kuasa suara rakyat, hal ini dapat disetelkan...tapi, selama mana harga ni akan kekal ye?? wallahualam.. 
layannnnnn........

Wednesday, July 16, 2014

Harga Baru Lesen Kereta & Motor Mulai 14 Julai 2014

Harga Baru Lesen Kereta & Motor Mulai 14 Julai 2014 | Kenaikan ini adalah disebabkan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang telah dinaik taraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai tarikh tersebut.

Mulai 14 Julai 2014, Harga Baru Lesen Kereta (Kelas D) Dan Motor (Kelas B2) adalah seperti berikut :
  • Harga lesen memandu kereta (Kelas D) = Dari RM 1,300 kepada RM 2,000
  • Harga Lesen Motor (Kelas B2) Dari 600 kepada RM 1,050



p/s: Rasa korang macam mane?? bagi pendapat sy, naik mendadak kot.. dlm 50% naik tak silap...wwoossyyhhhh... nasib baik dh complete due2 lesen B2 & D time diploma dulu.. tapi kalau nak upgrade kelas B2 kepada B full, still same ke bayarannya?? *berangan nak pakai BIGBIKE tapi apakan daya,naikkan lesen dulu..huhuhu

Mari Menabung