"Kuala Lumpur : Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU)
mendakwa berjaya memintas dua perbualan telefon di mana pemisah pro-Russia yang
mengaku tersalah tembak jatuh Penerbangan MH17 selepas insiden berlaku,
semalam.
Rakaman perbualan dipintas SBU itu didedahkan kepada media
Ukraine Kiev Post didakwa hasil perbualan antara pegawai perisikan tentera
Rusia dan militan Cossack yang disokong kerajaan Rusia.
Panggilan telefon berkenaan dikatakan dibuat beberapa minit
selepas kemalangan Penerbangan Malaysia Boeing 777-200 berhampiran kampung
Chornukhine, kira-kira 80 kilometer dari barat laut Donetsk dekat sempadan
Rusia, lokasi MH17 terhempas.
Berikut adalah transkrip daripada audio perbualan yang belum
dapat disahkan kesahihannya yang dikeluarkan oleh Ahkbar Kiev Post.
IGOR Bezler (muke macam xbersalah je ko ni..ciss)
Igor Bezler (IB): Kita baru sahaja menembak jatuh sebuah
pesawat. Ia jatuh di Yenakeivo (Wilayah Donetsk).
Vasili Geranin (VG): Juruterbang. Mana juruterbang?
IB: Sedang mencari lokasi dan gambar pesawat. Ia berasap.
VG: Berapa minit sudah berlalu?
IB: Kira-kira 30 minit lalu.
Komen SBU - Selepas meneliti kawasan kejadian, pengganas
menyedari mereka baru sahaja menembak jatuh pesawat awam. Perbualan seterusnya
berlangsung 40 minit selepas itu.
Mejar (M): Ini adalah kerja orang Chernukhin yang menembak
jatuh pesawat. Dari tempat pemeriksaan Chernukhin. Orang Cossack yang
berpangkalan di Chernukhino.
Greek (G): Ya, Mejar.
M: Pesawat jatuh dari udara di kawasan lombong
Petropavlovskaya. “200” pertama (kod laluan rahsia yang merujuk kepada orang
mati). Kita menemui kumpulan ‘200’- kod untuk orang awam.
G: Baik, apa yang anda ada di sana?
M: Secara ringkas, ia 100 peratus pesawat penumpang (awam).
G: Berapa banyak orang ada di sana?
M: “S**l, serpihan jatuh betul-betul di atas kawasan
perumahan.
G: Pesawat jenis apa?
SBU - Fasa ketiga perbualan membabitkan seorang Mejar dan
Greek yang seolah-olah membawa komander Cossack Nikolay Kozitsin, menunjukkan
bahawa kapal terbang Malaysia Airlines membawa pengintip.
M: Saya kurang pasti mengenai itu, Saya belum dapat melihat
semuanya. Saya hanya meninjau kawasan kejadian di mana mayat pertama jatuh.
Mereka masih terikat pada kerusi dan tali pinggang keselamatan.
G: Adakah sebarang senjata ditemui?
M: Tiada, sangat pasti, semuanya. Barangan awam,
ubat-ubatan, tuala dan tisu tandas.
G: Ada sebarang dokumen ditemui?
M: Ya, seorang pelajar Indonesia, dari Universiti Thompson.
Militan: Mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan
Snizhne-Torez. Ia pesawat awam. Jatuh berhampiran Grabove. Banyak mayat wanita
dan kanak-kanak. Orang Cossacks berada disana untuk melihat perkara ini.
Pihak TV memberitahu ia adalah pesawat penumpang AN-26,
tetapi mereka kata ianya tertulis Malaysia Airlines di pesawat itu. Mengapa ia
berada di wilayah Ukraine?
Nikolay Kozitsin: Maksudnya, mereka membawa pengintip.
Mereka tidak sepatutnya terbang di sini. Peperangan sedang berlaku. "
Apa perasaan korang bila baca ni??
Update terkini, MH 17 dikatakan meletup di ruang udara tersebut sebelum terhempas di tempat kejadian oleh peluru berpandu B.U.K buatan Rusia.-sumber RTM
Update terkini, MH 17 dikatakan meletup di ruang udara tersebut sebelum terhempas di tempat kejadian oleh peluru berpandu B.U.K buatan Rusia.-sumber RTM
Sumber: myMetro
i cant even imagine ..so horrible..macam mana lah keadaan mangsa2 saat peluru berpandu tue mengenai pesawat =(
ReplyDeletedone follow =)
follower ke15
wallahualam..xdpt digambarkan bagaimana tahap ketakutan time tu..
Delete