Click me!

FB page

Showing posts with label #cinch #alfalfa #guard #omega #shakes #caramakan #makan. Show all posts
Showing posts with label #cinch #alfalfa #guard #omega #shakes #caramakan #makan. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Shaklee Omega Guard | Sangat berbeza dengan produk Omega lain

Omega Guard Shaklee merupakan supplemen minyak ikan yang terbaik untuk seisi keluarga. Ia boleh diambil oleh anak seawal usia setahun sehingga ke golongan dewasa dan berusia. Omega Guard mengandungi asid lemak Omega-3 yang termasuk DHA dan EPA yang amat penting bagi manusia kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkannya. Jadi, sebab itulah penting bagi kita untuk mendapatkan asid lemak ini daripada sumber makanan atau supplement seperti Omega Guard Shaklee ini.

Antara manfaat yang boleh didapati daripada minyak ikan Omega Guard ini ialah:

  1. Sangat bagus untuk perkembangan minda dan otak. Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh bayi sejak dalam kandungan lagi jika ibu-ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Apabila mencecah umur satu tahun, Omega Guard boleh dicampurkan ke dalam susu atau makanan kanak-kanak atau sekiranya dia pandai menguyah, dia boleh mengunyahnya.
  2. Baik untuk perkembangan memori dan fokus. Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita.
  3. Menyokong kesihatan kardiovaskular. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.
  4. Mengawal paras kolestrol. Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.
  5. Mengurangkan sakit sendi. Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplemen minyak ikan (EPA+DHA) amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis.
  6. Mengurangkan gejala asthma. Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.
  7. Menguraikan lemak. Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.
  8. Memelihara kesihatan kulit. Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain.
Perbezaan kolestrol baik & jahat


Banyak gilosss manfaat Omega Guard Shaklee ni kan berbanding dengan produk Omega lain? Takkan nk tunggu, ternganga je?
===================================
Untuk pertanyaan & pesanan,
PM : Wan Mohamad Fadhli
SMS @ WHATSAPP : 017-9807376
===================================


Monday, August 11, 2014

Energizing Soy Protein | ESP Shaklee pun ade keburukan???



Korang kurus kering macam gambar di atas?? ^^^ hehe..u jangan butthurt.. sebab disini lah ade penyelesaiannya..jeng jeng jeng!!!

Pasti ramai penah dengar tentang ESP Shaklee tapi ramai ke penah kenal ESP Shaklee yang sedang meleTOPS bapak nyer hadui ter ber (slang Jozan..hehe)...???


ok.. ESP ni ialah Energizing Soy Protein daripada Shaklee. Punca ESP ni femes simple je.. FEMES!!!...
sebab ESP bekalkan protein yang cukup untuk badan manusia.
U olls selalu makan ayam ikan dan lain2 yang sumberkan protein, tp still tak sihat kan? tak kan tak cukup?

NAK TAHU TAK???



Dah tahu kan? so, if Tak cukup protein ape yang akan berlaku??
  • Rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar..macam Parkinson
  • kolestrol tinggi, tekanan darah rendah...then pening
  • punca ulser perut + ulser usus
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut
  • ganggu penglihatan / lama2 jadi kabur
  • antibody tak kuat. bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. kurang ketahanan
Tapi, kalau cukup protein pula?
U olls macam mane tahu badan kita cukup protein?? Kemusykilan disitu. so, "ALWAYS PLAY SAFE" ambil ESP ni sebagai pelengkap. No harm at all.

yang ni baru harmful..kihkihkih :p

KEBAIKAN : ESP SHAKLEE
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant (women only okeh?) : ESP pulihara dan pelihara rahim u olls..
  • Untuk wanita yang sedang pregnant : ESP kuatkan uolls punye rahim dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila u cukup protein, means u cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan Tuhan bagi sebagai ujian.


KEBURUKAN: ESP SHAKLEE

Kesan buruk nya bila u beli,tapi u simpan buat hiasan, tak minum, tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya. Rugi gilos kalau macam tu...sebab simple je nak bancuh semudah makan ABC.
Bancuh 1 sudu besar dengan air kegemaran then siap untuk diminum. HAAAA!! boleh bancuh dengan any feveret air u olls (tapu jangan bedal dengan air berkarbonat,hilan khasiat protein tu nanti der)
Bila sumenye tak, tak nampak hasil, kita jadi negatif. Nak salahkan sape? Salahkan kerajaan? ape kaitan der?..tak baik kn begitu..

so,u olls dah tahu kebaikan ESP SHAKLEE yg femes meleTOPS nih dan untuk siapa,kita dalam golongan yang mana? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba..boleh saja. Tak memudaratkan pun. Tak rugi pun, malah badan makin sihat. Jangan jadi berkira kerana kesihatan.

Berminat? Nak dapatkan 1? Nak khidmat nasihat percuma? Contact je kat sini:
Wan Mohamad Fadhli
Xprezzolicious On9 Shoppe
sms/Whatsapp: 017-9807376

credit: Kotak Vitamin Saya


Friday, August 8, 2014

Perbezaan antara supplement (Vitamin) & Ubat | Cegah lebih baik daripada merawat

Ramai orang salah sangka bila sebut supplement, "owh, makan ubat", "pill" dan sebagainya. Itu lah mind set kebanyakkan orang tentang supplement dan menyamakan kesan yang cepat seperti ubat-ubatan yang lain. Mari kita lihat perbandingan antara supplement (vitamin) dan ubat. 



Medicine ( Ubat )

1.       Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


Supplement ( Vitamin )

1.    Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.


RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....




**JADI FIKIR-FIKIRKANLAH YG MANA TERBAIK BAGI DIRI KITA **

Wednesday, August 6, 2014

Segmen Blogwalking Syawal by Prettyiz

Nak supplement free tak??? jom join... KLIK BANNER DIBAWAH



Kenali Alfalfa | Eh, Tak Pernah dengar pun!!

Alfalfa ni sejenis tumbuhan yang merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah dan mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.


Perkataan Alfalfa berasal dari frasa Arab , Al-fac-facah yang bermaksud 'Bapa kepada semua Makanan'. Pengamal perubatan herba (herbalists) selalunya akan mengesyorkan Alfalfa untuk pesakit yang kurang nutrisi (malnutrition), lemah (debility) dan sakit berpanjangan (prolonged illness).



Kebanyakan orang mengatakan supplemen masa kini adalah tidak harus diambil kerana ianya bukanlah makanan sunnah. Namun di dalam surah An-Naba’ (Berita Besar) ayat ke 16. -“wa jannaatin alfaafa” yang bermaksud “dan kebun-kebun yang rendang”


Apakah kebaikan Alfalfa?

Agen Detox
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mengandungi enzim yang tinggi dalam membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Melegakan sembelit
  • Terkenal sebagai purifier untuk darah dan hati daripada bahan kimia dan logam berat
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Membuang angin dalam badan (Toksin punca angin berlebihan dalam badan)
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan. (Toksin juga membuatkan badan lesu dan lemah)
  • Melegakan elergi dan ekzema
  • Meneutralkan asid dalam badan (Kealkalian yang tinggi)
  • Meringankan masalah badan, kaki dan nafas berbau
  • Umum
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Merawat arthitis
  • Merawat Ulcer
  • Merawat athma
  • Mengurangkan Migrain melalui kombinasi Magnasium dan Calcium
  • Mengandungi bioflavonoid yang membantu radang lapisan perut
  • Sumber Vitamin K semulajadi untuk kuasa penyembuhan pendarahan gusi dan hidung
  • Mengurangkan pengekalan air berlebihan dalam pundi kencing
  • Merendahkan tahap kolestrol
  • Menstabilkan Paras gula dalam darah
  • Membantu meningkatkan selera makan.
  • Mengatasi kesan sampingan kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser dengan meningkatkan sel darah putih untuk lawan penyakit.  


Suami
Meningkatkan stamina seorang suami

Wanita
Milk booster
Memulihkan urat selepas bersalin.
Memberi kelegaan semasa haid.
Merawat masalah keputihan pada wanita..
Membesar dan menegangkan payudara.
Bertindak seperti kacip fatimah kepada isteri (enhance libido).

Saya sudah, anda bila lagi???
SMS/Whatsapp sy di : 017-9807376


Tuesday, August 5, 2014

10 Cara Mulakan Diet Untuk Kurus Dengan Shaklee

Assalamualaikum semua..salam sejahtera..


Kebelakangan ni, banyak sekali dapat order Set Inch Loss Shaklee. Tak kiralah yang bajet atau full set.Ramai rupanya nak kurus dan nak slim atau kembali asal seperti zaman muda atau zaman belajar dulu.Tapi masalahnya adakah dengan hanya makan supplement akan membuatkan kita kurus dan lansing seperti yang kita nak?Tak dinafikan, ShakleeSlimming set memang sangat berbaloi dan berkesan. Tapi mesti kena caranya. Mesti sentiasa ingat, untuk kurus dan sihat  , kita tak boleh bergantung 100% kepada supplement. Supplement hanya membantu mempercepatkan disamping memberi zat tambahan kepada tubuh ketika berdiet.

Ramai yang terutamanya yang dah mengambil supplement Shaklee seperti CINCH SHAKES, OMEGA GUARD, ALFALFA ,LECITHIN,CINCH TEA dan sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga mengawal diet yang seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus.Dan perlu jugak diingat berat ideal badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan nanti orang berat 40kg, kita pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat 40kg cantik, kita berat 40kg kurus kering pulak. Rasanya semua dah tahu cara kira BMI, so tak payah saya terangkan disini.

Mulakan Diet Kurus Shaklee dengan 10 Cara Ini.



1. Makan sumber protin pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan.

Bagi yang dah ada set slimming shaklee, CINCH SHAKES baik anda ambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada gaya hidup anda. Untuk maksimakan kesan kenyang, blend dengan beberapa biji kurma atau badam. Anda juga boleh campurkan sedikit mentega kacang (pure kacang) untuk tambahan protin. Tak perlu gunakan susu walaupun susu rendah lemak. Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, joging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif , tiada masalah ambil diwaktu sarapan.

2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta.

Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara waktu( selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta, makaroni, spegheti dan yang seangkatan dengannya. Kalau anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi dari oat masak.

3. Makan makanan yang segar.

Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sosage, nugget, daging beger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan. Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah.

4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil lansung pada waktu malam.

Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik. Sukatan nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam, tapi sebaik baiknya makan waktu petang.

5. elakkan makan buah buahan berlebihan.

Selalunya kita silap. Kita menganggap makan buah buahan banyak baik untuk kesihatan. Tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti apple, pear dan plum. Bagi yang tak selalu makan buah buahan, Vitamin C Plus Shaklee adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg vitamin C, iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.

6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu.

Ketepikan susu atau produk tenusu,kecuali keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak. Untuk pastikan kadar kalsium dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan terbaik, dengan sumber kalsium dan magnasium.

7. Hentikan serta merta minuman berkabonat.

Kandungan gula didalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan gula didalam minuman seharian seperti kopi, teh dan lain-lain. Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH TEA MIX sebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, emberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.

8. Hentikan penggunaak minyak sayur sayuran seperti minyak bunga matahari, ataupun minyak jagung.

Minyak yang terjual dikedai kedai adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan. Ini boleh menyumbang kepada plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.

9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan.

Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu /tak tepu? Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti danging bahagian rusuk , keju, mentega, susu penuh krim, dan makanan yang diproses(segera). Hindarkan terus magerin dan makanan goreng. Jangan buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan Minyak Omega 3, seperti OMEGA GUARD adalah yang terbaik.

10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi.

Minum air selagi urine anda tidak berwarna putih. Sekiranya urin berwarna kuning, bermakna anda belum cukup air.

Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet kurus diatas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara yang betul.

Cadangan Pemakanan Slimming Set Shaklee


SARAPAN

Makan 5 biji Alfalfa setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.

Ambil 2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG ( anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama).anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu Shaklee ESP.

Anda akan kenyang shingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun selalunya akan berkurangan, dan anda akan makan dengan sedikit

MAKAN TENGAH HARI

Sebelum Makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGA GUARD. Ini akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.

Makan nasi ( agak2 sebesar genggaman tangan )+ ikan/daging (yang x berlemak)/dada ayam. Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus,kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng. Makan sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.

Sekiranya anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya ambil selepas makan 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.

Elakkan minum minuman sejuk selepas atau ketika makan. Amalkan minum minuman suam atau panas sahaja.

MAKAN MALAM

Elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam seboleh-bolehnya. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja.

Ataupun anda boleh Menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKES atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan. Tetapi seelok eloknya anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes.

Sebelum tidur , makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur. Dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur.

Selamat mencuba.

Sekiranya berminat mencuba SET SLIMMING SHAKLEE, hubungi saya melalui SMS/ Whatsupp ke 0179807376

Mari Menabung