Click me!

FB page

Showing posts with label #Felixia #nile #rassyiahraniayeap. Show all posts
Showing posts with label #Felixia #nile #rassyiahraniayeap. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Karya Raisyyah Rania Yeap: Biarlah Palestine Menang!!





Saudara baru kita, Raisyyah Rania Yeap menulis sebuah karya tentang luahan hatinya terhadap keadaan yang melanda di Gaza sekarang ini.. Mari sama2 kita hayatinya...

Hati ku tak diam meronta-ronta
melihat gambar dan berita
saudara-saudariku diseksa
dibedil dibunuh tanpa rasa
kasihan atau kemanusiaan
inilah dia...dunia akhir zaman

Ingin saja ku ke situ
membantu memberi apa yang perlu
diriku ini yang tidak punya
anak, suami dan keluarga
"Boleh saja!", teriak hati ku
bujang yang hanya ada seorang ibu

Ingin saja ku kata pada ibu ku yang tua
bekalanku untukmu cukup sampai bila-bila
biarlah anak perempuan mu ini pergi
sesungguhnya semua orang akan mati
jika benar Allah tarik nyawaku di situ
maka syahid dan manislah pemergianku

Tidur ku di tilam empuk ini tak lena
hinanya ku selesa dan kenyang berbuka
bila di situ, mereka lari dari dibedil
namun apakah daya saya ini yang kerdil
hanya doa yang dapat ku beri
maafkan ku ini yang tidak seberani
saudara saudariku di situ yang berjuang
Ya Allah, biarlah Palestin menang!


- Sebuah karya oleh Raisyyah Rania Yeap -

    
Follow her at :



Monday, July 14, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tertarik dengan GA kali ini, menampilkan saudara baru kite, sis Rasyyiah Rania Yeap yang baru memeluk agama Islam pada 5 Ramadhan yg lalu..so, lets join it together... Click banner sis rania yg cute ni ^_^


Apa nak buat dengan RM300?? wahh,,banyak tu..Insya-Allah, 1stly, kite sedia maklum dengan isu semasa dimana rakyat Palestine di Gaza dalam musibah yang dahsyat :'(  dan dengan sebahagian daripada duit ini sy akan dermakan pada badan yang bertanggungjawab yang handle bantuan ke Gaza disamping sy beli keperluan untuk beraya dan mengurangkan beban keluarga memandangkan sy masih mahasiswa ^_^ ..moga Raya kali ini lebih bermakna dengan giveaway daripada Nile.com.my ;)

إن شاء الله

Mari Menabung